EN | BM
Team EWI yang dihormati,
EWI Capital bercita-cita untuk menjadi peneraju hartanah antarabangsa terkemuka yang memberi nilai mampan kepada semua pemegang kepentingan di mana kami disokong oleh pasukan kerja yang berdedikasi di Malaysia dan di negara-negara lain di mana kami beroperasi.
Kod Tatalaku dan Etika Perniagaan ini memainkan peranan penting untuk memberi panduan bagaimana kami menjalankan perniagaan dan bagaimana kami bertindak sebagai wakil yang bertanggungjawab kepada Kumpulan. Kod Tatalaku dan Etika Perniagaan ini menetapkan prinsip-prinsip yang kami patut perhatikan untuk mengekalkan tahap profesionalisme, integriti dan kehormatan yang tinggi dalam hubungan kami antara satu sama lain dan dengan pihak luar. Oleh itu, Kod ini adalah salah satu bahagian penting dalam budaya kami dan cara kami menjalankan perniagaan di EWI Capital.
Sebagai Pengarah dan pekerja kepada EWI Capital, kami semua bertanggungjawab untuk melindungi perniagaan dan reputasi Kumpulan. Kod ini dirumuskan untuk membantu kami dalam usaha ini, dengan menyediakan garis panduan yang jelas berkenaan prinsip etika tatalaku dan amalan perniagaan untuk diamalkan di seluruh Kumpulan. Matlamat mulia Kod ini hanya akan dicapai apabila setiap Pengarah dan pekerja merangkul Kod ini dengan sepenuh hati dan komited dalam mengekalkan ketekalan tingkah laku dan tatalaku perniagaan mengikut prinsip yang disokong oleh Kod ini.
Maka, saya yakin bahawa kami semua akan melaksanakan tugas masing-masing demi menegakkan tahap etika tertinggi bagi meningkatkan nama baik EWl Capital, dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda atas dedikasi mantap dan komitmen bersama anda dalam memastikan kejayaan berterusan Kumpulan.
Yang benar,
Dato’ Teow Leong Seng
Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif